Thursday, April 24, 2014

Barang Mahal Vs Barang Murah

Salam sejahtera,

Alkisahnya pasal pencukur lelaki sebenarnya tapi entah macam mana tiba-tiba je keluar idea nak tulis tajuk tu. Tapi abg long ok kena jugak kot apa yang nak abg long tuliskan ini.



Tadi abg long beli 2 batang pencukur lelaki bukan mahal pun RM2 je satu. Biasa la tujuan pencukur tu abg long guna nak botak kan kepala abg long yang hansem ni ( perasaan sungguh abg long ni hehehe... ) dan pencukurnya siapa la tak lain dan tak bukan orang umah abg long la jadi mangsanya.

Apa yang abg long tak puas hati dengan pencukur ni bila 6 kali di guna dan diketuk masa proses pembotakan, pencukur tu terlerai satu persatu nasib baik tak melompat jauh. Bukan satu tapi 2 batang pencukur. Nasib baik la ada pencukur yang lama boleh la juga guna nak siapkan pembotakan abg long ni.

Apa yang hairannya pencukur lama ni tahan lasak dah la harga beli pun murah RM1 je jika bandingkan dengan baru abg long beli. Jika ikutkan kualitinya mesti la yang RM2 tu tahan dah la berjenama pulak tu. Tapi hakikatnya indah khabar daripada rupa.

Bukan la abg long nak berkira dengan harga tu tapi apa yang nak abg long kongsikan di sini barang yang mahal tak semestinya semuanya ok dan barang yang murah tak semestinya tak baik. Jadi fikir-fikirkan la :)

posted from Bloggeroid

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>