Sunday, April 27, 2014

Boleh Test Drive Mak Cik?

Salam sejahtera,



Ada seorang pemuda, Mamat namanya. Mamat ni kaki racing kereta. Kalau memandu, perghh.... berdesup kereta melayang. Memang telan asaplah siapa yang berlumba dengannya.

Suatu hari, Mamat datang ke rumah aweknya, si Tijah. Hajat di hati, Mamat nak jumpa bakal ibu mertuanya. Bukan apa, Mamat cadang nak masuk meminang si Tijah yang berhidung pesek itu. Sebelum tu, dia nak beritahu dulu aweknya itu. Boleh ke tidak kalau nak hantar rombongan meminang.

Emak si Tijah : Mak cik tak kisah kamu nak masuk meminang. Tapi, mak cik nak beritahu awal-awal. Hantaran Tijah tu biarla berpatutan. Walaupun hidungnya pesek, tapi Tijah tu lulusan universiti. Ada master lagi. Bukan tahap diploma. Jadi, hantaran tu kamu faham-faham je lah. RM20 ribu memang tak lari.

Mamat : Mak aii... mahalnya makcik. Kalau tinggi macam tu, kena bagi banyak masa la kat saya nak kumpul duit mak cik. Saya bukan apa. Kalau boleh nak cepat. Boleh elak maksiat. ( dengan wajah penuh pengharapan )

Emah si Tijah : Hish kamu ni. Tijah tu satu-satunya anak perempuan makcik tau. Kalau kamu tak mampu, tak apa. Berderet lagi tengah tunggu turn untuk masuk meminang. Mak cik tak mahu letak harga rendah-rendah. Nanti apa pulak orang cakap ( dengan wajah ala-ala ada aku kisah kalau kau jadi menantu aku...)

Mamat : kalau macam tu, saya ada satu cadangan.

Emak si Tijah : Apa dia?

Mamat : Memandangkan mak cik pun ala-ala nak jual anak gayanya, apa kata kita buat macam ni. Sekarang, saya bayar ' downpayment ' RM2 ribu. Saya bawak balik anak mak cik. Mapam ni saya test drive dulu. Kalau semuanya bagus, jangankan 20 ribu, 100 ribu pun saya berani letak mak cik. Tapi, kalau barang semua dah lemau, enjin pun tak bagus, saya pulangkan anak mak cik semula. Deposit tu kira hanguslah. Saya tak kisah. Boleh mak cik?

Moral of story : lu pikir la sendiri :)

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>