Wednesday, April 2, 2014

Kita Selalu Diuji

Salam sejahtera,

Alhamdulillah hari ini hari ke 2 kita di bulan April, dah masuk suku tahun 2014. Dalam suku tahu ni berbagai-bagai cerita dan peristiwa yang berlaku. Dan yang pasti lama juga abg long tak update kat dalam blog kesayangan abg long ni.




Abg long rasa anda semua kenal dengan gambar di atas kan dan pasti anda mengikuti perkembangan cerita pasangan suami isteri ini. Yang pasti kisah mereka telah berakhir di mana pasanagn ini telah di jatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan 14 bulan.

Abg long tulis ini bukan la menunjukan abg long ketinggalan cuma abg long nak kongai pendapat abg long daripada kaca mata lelaki dan juga sebagai seorang bakal ayah. Terus terang abg long katakan abg long geram, marah, sedih dan bermacam lagi yang ada dalam hati ini dengan apa yang telah terjadi. Tapi bila difikirkan kembali secara waras dan bukan emosi, abg long akui selagi kita bernama manusia tak akan lepas daripada ujian dan dugaan.

Malahan dalam Al Quran sendiri pun telah mengingatkan kita tentang ujian ini. Harta, kesihatan, kesenangan, isteri, dan anak- anak adalah ujian untuk melihat ketakwaan kita. Begitu jugak apa yang di alamai oleh pasangan suami isteri ini dan jugak kepada kita yang mempunyai anak.

Kekadang apa yang terjadi itu sebagai ingatan kita dimana suatu ketika dahulu kita pernah melakukan kesilapan atau dosa tanpa kesedaran kita. Abg long bukan nak kata siapa yang betul atau siapa yang salah dalam hal ini. Cuma ini sebagai satu peringatan untuk diri abg long jugak supaya abg long sedar dan tabahankan hati jika ia terjadi pada diri abg long sendiri.

Selain itu abg long sendiri perhatikan juga cara didikan anak juga dah berbeza dengan dulu. Betul la kata pepatah orang tua- tua " lain padang , lain la belalangnya ". Malah " sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri... " abg long rasa akan luput suatu hari nanti.
posted from Bloggeroid
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>