Wednesday, April 16, 2014

Salah Ke Bermain Game?

Salam sejahtera,

Abg long bukan la nak salahkan sesiapa dalam bab ni, manusia ni baik anda mahupun abg long sendiri adalah lemah dan tak lepas daripada melakukan kesalahan. Dalam era teknologi yang boleh dicapai hanya dihujung jari sekarang ini, telah banyak memudahkan tugas kita tak kira la dalam apa bidang sekali pun.

Cuma kekadang kita manusia ni bila menggunakan teknologi ni lupa seketika tentang tujuan asal teknologi itu di adakan. Contohnya seperti cerita ini yang abg long dapat daripada sinar online http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/bahana-zanahariah-gila-game-1.270587 . Memamg ada pro dan kontranya bila kita membacanya cuma apa yang abg long nak anda fikirkan tentang penggunaan teknologi iaitu game online.

Tak salah untuk kita melayan game tu, selagi game tu mematuhi adat kita orang timur dan juga yang lebih penting tidak melanggari lunas-lunas Agama Islam. Tapi bila dah bergame tu jangan la lupa perkara yang lain pulak, lupa yang kita mempunyai tugas dan tanggungjawap yang lebih penting.

Abg long tak berpuas hati bila membaca komen yang ditulis dalam artikel berita tersebut. Sebagai mana yang telah kita ketahui, teknologi yang ada sekarang ni termasuk la gajet, software termasuk game dan apa saja yang moden boleh dikatakan dicipta oleh orang yahudi. Kita sebagai yang diberikan akal fikiran harus dan wajib la memilih dan gunakan teknologi ini sebaiknya.

Jangan bila dah jadi macam tu salahkan teknologi. Apa yang nak abg long katakan disini teknologi tak salah yang salah adalah diri kita sendiri.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>