Wednesday, April 30, 2014

Pemeriksaan Mata Untuk Ibu Mengandung

Salam sejahtera,

Hari ni abg long temankan orang umah buat pemeriksaan mata di Hospital Ampang. Apa yang abg long fahamkan pemeriksaan mata ini wajib dijalan untuk para ibu mengandung yang di dapati mempunyai kencing manis.



Daripada pemarhatian abg long semasa menemani orang umah, ramai jugak yang buat pemerisaan mata ni rupanya dari pendaftaran sampai la menunggu untuk no di panggil. Dan yang pastinya kebanyakkan adalah orang tua dan terdapat jugak para ibu mengandung termasuk la orang umah abg jugak.

Untuk proses pemeriksaan mata bagi ibu mengandung ini ( mengikut pemerhatian pada orang umah abg long sendiri ), para ibu akan di panggil oleh doktor dan kemudian doktok akan titiskan cecair ke dalam mata.

Setelah itu orang umah abg long akan diminta berehat selama 20 minat untuk memberikan cecair yang dititis itu bekerja dimana ia akan menyebabkan anak mata atau nama lainnya retina itu mengembang. Orang umah abg long sekali lagi di panggil pemeriksaan.



Alhamdulillah hasil daripada pemeriksaan tersebut mata orang umah semuanya ok dan sihat. Mengikut kata orang umah abg long jika keputusan tersebut sebaliknya temujanji akan di adakan sekali lagi. Apa yang tak bestnya selepas pemeriksaan mata ni penglihatan jarak dekat orang umah abg long menjadi kurang tapi bukan selama-lamanya hanya beberapa jam sahaja.


posted from Bloggeroid

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>