Wednesday, April 23, 2014

Orang Umah Buat 'Sambal Hitam'

Salam sejahtera,

Hari ni abg long off kerja jadi boleh la abg long rehat sikit hari ni. Bila dah abg long ada kat umah ni apa lagi orang umah mula la nak buat sambal hitam. Sebenarnya dari minggu lepas lagi orang umah abg long nak buat sambal ni, ini pun sebab orang umah dan abg long dah rasa masa beli kat online tempoh hari.

Jadi apa lagi dah ada buah belimbing buluh ni tambahan dengan bahan yang lain seperti lada, ikan bilis dan bawang maka proses pembuatan bermula. Terus terang abg katakan orang umah abg long sambal hitam ni lari sikit dari cara pembuatan yang asalnya.


Sambal hitam dimakan dengan roti canai :)


Mana tak larinya dari cara rebus belimbing pun dah lain :). Takpa nanti abg long kongsikan cara yang betul untuk buat sambal hitam ni. Bukan setakat itu sahaja orang umah bland semua bahan tu. Kemudian baru masak dengan api yang perlahan.

Walaupun lain caranya tapi alhamdulilah sedap dan yang paling penting pedas.



Kat bawah ni abg long kongsikan cara yang betul untuk buat sambal hitam pahang.


Bahan2

½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak


belimbing buluh sedang direbus

Cara2 Menyediakan

1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok. MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar. Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil. Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.


belimbing yang siap direbus

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

PESANAN KEDUA: Sila guna periuk yang buruk2 je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yg ibu periuknya dah rosak.. hehe). Kalau kat kampong biasanya dorang guna tin minyak masak yg empat segi tu untuk rebus belimbing ni..

2. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.



3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga). Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu). Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.



4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok. Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!


Sumber

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>