Monday, April 28, 2014

Kawan Punya Cerita

Salam sejahtera,

Abg long dah lama nak cerita pekara ni tapi terfikir jugak adakah ia elok untuk dikongsi atau pun tidak. Iya la nak tulis pun kena buat kira-kira jugak jika tak dapat dosa kering je.



Apa yang nak abg long kongsikan adalah perihal kawan. Yang mana dulu sama-sama nakal, yang mana dulu sama-sama berkongsi cerita, yang mana dulu sama-sama kerja di perantauan dan yang dulu sama-sama menyokong antara satu sama yang lain.

Bak kata orang tua-tua pasir di pantai pun akan berubah ni kan manusia. Begitu la jugak dengan kawan abg long. Hanya kerana abg long ni tak setaraf hubungan kawan dah jadi dingin ( ayat macam bercinta pulak ). Abg long bukan jelous atau cemburu dengan rezeki yang kawan abg long ni dapat tapi abg long hairan kemesraan kawan tu kurang dan perubahan tu ketara. Ia mana tak sedihnya kawan rapat la katakan tapi bila difikirkan balik apa nak dihairankan kita ni manusia.

Tu satu bab, cerita perihal kawan abg long yang lain pulak ni lain pulak ceritanya. Dah ada facebook ni secara tidak langsung senang la untuk kita cari kawan yang lost contact baik dari sekolah, universiti dan sebagainya. Termasuk la kawan abg long ni dapat tiba-tiba je contact abg long balik bila terlihat abg long di facebook.

Daripada berhubung di alam maya hingga berjumpa di dunia realiti. Bila dah jumpa di dunia realiti apa lagi banyak la ceritanya tapi rupanya perjumpaan ni ada udang di sebalik batu rupanya. Dari cerita perihal kerja hingga la cerita masalah secara tak langsung kawan abg long ni menawarkan satu peluang. Abg long anda pun dah tahu kan ;). Di pendekan cerita abg long terjebak akhirnya hehehe.

Begitu la kisah 2 kawan abg long ni dengan 2 situasi yang berbeza. Betul la orang kata " kawan suka senang kita dapat tapi kawan menangis..." . Apa yang boleh abg long katakan kawan yang terbaik selain ibu dan bapa kita ada isteri kita.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>