Wednesday, April 30, 2014

Bila Kaki Dah Membengkak

Salam sejahtera,

Alhamdulillah kaki orang umah abg long dah kurang bengkak atau kata lain sembab. Iye la dah hampir 2 minggu kaki orang umah abg long sembab sejak balik daripada kampung.


Gambar Hiasan

Orang kata dah menjadi kebiasaan bila dah mengandung bengkak atau sembab ni akan berlaku tapi yang abg long peliknya orang umah hanya sembab satu kaki sahaja iaitu sebelah kiri. Jadi google la jadi rujukan abg long nak cari info terkini. Bila dah bergoogle ni apa lagi banyak la abg long tahu sebab dan puncanya.

Bila dah sembab kaki orang umah abg long makin pegerakannya pun terganggu. Kekadang orang umah mengeluh sakit maka nak kurang sembab tu abg long sapukan minyak Habbatus sauda di campur dengan minyak zaiton sambil abg long urut sikit mula dari peha hingga ke kaki. Kesannya alhamdulillah untuk para suami boleh la cuba cara ni :).

posted from Bloggeroid

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>