Tuesday, April 15, 2014

Rotan Punggung Rawat Penagih

Abg long nak kongsi dengan anda satu artikel untuk bacaan anda semua.

Banyak negara telah membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha untuk memulihkan penagih dadah. Namum, ahli-ahli psikologi di sebuah klinik dadah Siberia di Rusia, langsung untuk menangani permasalahan itu. Sebaliknya, mereka mempraktikkan rawatan pelik dengan hanya menggunakan sebatang rotan.



Ahli perubatan Rusia mendakwa bahawa merotan pada punggung boleh mengubati pesakit yang ketagihan dadah, alkohol dan mereka yang mengalami tekanan jiwa. Untul itu, adalah disarankan kepada pesakit untuk menerima antara 30 hingga 60 kali sebatan, setiap sesi rawatan merotan.

Prosedur rawatan selalunya dilakukan dengan cara begini - pesakit akan diarah untuk meniarap di atas katil dalam keadaan punggung terdedah. Sebelum itu, sebuah monitor untuk memeriksa denyutan jantung telah dipasang ke dada pesakit bagi memastikan tiada risikol kejutan atau serangan jantung.

Saat semua persiapan telah tersedia, pesakit dinasihatkan supaya menggengam erat tepi katil. Mungkin dengan cara itu sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan sedikit rasa sakit sebatan. Apabila pesakit sudah bersedia, rotan yang dipegang oleh ahli perubatan akan diayunkan dengan serta-merta tepat ke bahagian punggung pesakit. Banyak mana sebatan adalah bergantung pada tahap ketagihan pesakit.


Menurut Young Natasha, salah seorang pesakit yang pernah menjalani rawatan itu, berkata ia benar-benar menyakitkan dan kulit terasa pedih. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah mencengkam hujung katil, menjerit dan menangis sekuat hati.



Ujar gadis berusia 23 tahun ini, setiap kali sesi rawatan, badannya akan menjadi panas dan mula berpeluh dengan banyak. Ia betul-betul tidak menyenangkan. Akan tetapi, katanya, selepas menjalani beberapa sesi pemulihan, dia dapat merasa kesan positif daripada rawatan tersebut.

Natasha, salah seorang pesakit yang telah pulih sepenuhnya daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol. Mula terjebak dengan ketagihan benda-benda mengkhayalkan selepas mengikut tabiat buruk teman lelaki. Teman lelakinya telah meninggal dunia akibat mengambil doa berlebihan.

Dia terselamat kerana dihantar ibunya menjalani rawatan tersebut. Beliau menerima 60 kali sebatan setiap sesi rawatan dan telah membuktikan kaedah perubatan itu benar-benar bekerja.

Selain Natasha, Yuri berusia 42, juga antara bekas pesakit yang pernah mendapat rawatan di klinik berkenaan. Dia menerima sekitar lebih 30 kali sebatan bagi memulihkan ketagihannya terhadap alkohol. Ketika menerima sebatan pertama, katanya, dia tidak dapat menahan dari menjerit dan membebel seperti orang mabuk. Rasa sakit pada kulit punggung sangatlah teruk. Itu baru sebatan pertama. Entah bagaimana, katanya dia dapat melalui bagi 30 kali sebatan.

Yuri berkata, apabila bangun pada keesokan pagi dia merasakan bahagian belakangnya begitu pedih dan sakit. Semenjak hari itu, beliau tiada keinginan untuk menyentuh alkohol di dalam peti sejuk. Malah, botol tersebut masih di tempatnya sejak setahun lalu.

Menurut pengamal rawatan, Profesor Marina Chukhrova dan rakannya, Dr. German Pilipenko, mereka melakukan proses pemulihan itu berasaskan prinsip-prinsip saintifik dan tujuan perubatan yang jelas.

Profesor Chukhrova berkata, kaedah merotan hanya dilakukan di bahagian punggung pesakit. Cukup untuk meninggalkan kesan, tetapi ia tidak akan menyebabkan pendarahan atau kerosakan kekal. Tambah pula, rotan yang digunakan adalah dari dahan pokok- begitu fleksibel terutama apabila mendarat di kawasan lembut seperti punggung.

Sementara menurut Dr. Pilipenko, kawasan punggung merupakan zon reflexogenic. Zon ini baik dan sesuai digunakan untuk mengubah isyarat sakit kepada aktiviti positif. Begitu pun sakit, ia sebenarnya dapat merangsang otak melepaskan endokrin ke dalam badan, yakni sejenis hormon semula jadi yang menghasilkan rasa gembira.

Pelepasan hormon itu, katanya, mempunyai kesan setanding dengan dos rendah ubat gantian seperti metadon. Apabila berlaku respons terhadap imuniti, maka ia akan dapat menghalang rasa ketagihan pada dadah dan arak.

Bagaimanapun, dua orang pakar penyelidil Rusia terbabit menjelaskan bahawa pesakit biasanya akan menjalani sesi kaunseling terlebih dahulu. Jika tiada perubahan, rawatan merotan disifatkan sebagai jalan terakhir untuk menangani permasalahan itu.

Rejimen rawatan terbuka kepada lelaki dan wanita berumur antara 17 hingga 70 tahun. Sejak ia beroperasi, ramai pesakit dari seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, sanggup datang untuk mendapatkan rawatan, walaupun perlu membayar sekitar USD99 ( RM 326.36 ).

Sumber : Majalah infiniti keluaran Mei 2014



posted from Bloggeroid
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>