Saturday, February 22, 2014

Bila Dah Dapat Empat Siri

Salam sejahtera,


Tiba-tiba je abg long teringat kata-kata bijak pandai orang Inggeris " LIFE BEGINS FORTY ", malahan dalam islam pun umur 40 tahun ini begitu ditekankan. Jika anda tak percaya, anda boleh rujuk di sini. Abg long bukan la nak jadi ustaz cuma sebgai peringatan untuk diri abg long sendiri dan juga untuk anda.

Jika di ikutkan hati tak terfikir untuk abg long menulis berkenaan tajuk ini, tapi abg long menyapah dengan segelintir manusia yang tidak sedar diri ini. Sepatutnya dalam umur sebegini pemikiran, pemakaian dan tingkah laku mengambarkan umur kita 40 tahun. Apa yang menyedihkan manusia-manusia yang tidak sedar diri ini masih terbawa-bawa kehidupan remaja mereka. Abg long malu sendiri bila melihat gelagak mereka ini.

Abg long bukan nak back up lelaki atau nak membela kaum wanita, abg long jugak bukan nak berat sebelah dalam hal ini. Baik lelaki atau pun perempuan yang tergolong dalam jenis manusia ini, abg long selalu terfikir tak malukah mereka?. Mana letaknya maruah diri pada manusia-manusia yang tak sedar diri ini?. Tak terfikirkah mereka ini maruah ibubapa ( jika yang masih ada ) bila melihat kelakuan mereka ini?....

Sepatutnya dalam umur 40 tahun ini kita hendaklah,

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Tapi sebaliknya pula, malahan bangga dengan perangai yang tak senonoh mereka lakukan. Abg long masih teringat kata-kata guru abg long, " jika sebelum ini kita jahat tapi bila sampai 40 tahun kita tidak lagi berubah kearah kebaikan, maka kita akan kekal begitu selamanya melainkan hidayah darinya ".





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>