Friday, February 28, 2014

Selamat Tinggal Februari 2014

Salam sejahtera,

Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah penghujung Februari 2014. Esok dah masuk bulan March 2014, maknanya makin tua la abg long tapi jiwa masih muda lagi :). Kala ini abg long hanya menghitung detik untuk ke bulan baru sambil melihat balik apa yang abg long tulis dalam blog kesayangan abg laong ini. Nak gelak pun ada bila lihat blog sendiri, mana taknya bila baca semula apa yang kita tulis baru la tahu macam mana gaya tulisan kita.



Kekadang terfikir jugak ada ke orang faham apa yang abg long tulis ( walaupun kebanyakkannya hanya copy dan paste je dari blog orang lain ) kat blog ni. Abg long juga terfikir adakah ayat yang abg long guna  kat dalam blog ni terlalu kebukuan ke?. Cuma apa yang pasti hanya anda yang dapat menilainya. Abg long jugak berharap teguran dan kritikan yang membina daripada anda untuk abg long, moga abg long dapat memperbaiki tak kira la dalam segi penulisan, template blog abg long ini, atau apa pun untuk kebaikan diri abg long dan jugak blog abg long ini.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>