Thursday, February 6, 2014

Ceritaku Di KKIA

Salam sejahtera...

Lama jugak abg long tak update maklum la sibuk sikit dengan kerja dan juga aktiviti-aktiviti yang lain :), macam ayat nak cover diri je hehehe. Ok la, lain je tajuk hari ini kan :). Sebenarnya hari ini abg long temankan isteri tersayang ke klinik Kesihatan Ibu Dan Anak ( KKIA ), jika ikutkan dah kali kedua abg long temankan isteri abg long ke sana.

Untuk yang pertama kali pergi ke KKIA adalah untuk isteri abg long buat buku pink iaitu buku catatan untuk memantau kesihatan si ibu dan jugak anak. Prosedur yang pertama kali ini mengikut cerita isteri abg long, jururawat akan membuat pemerisaan tekanan darah dan HB atau kandungan darah merah. HB ini diperolehi daripada darah yang di ambik dan kemudiannya dibawak ke makmal untuk mendapat keputusannya. Keputusan HB ini kita akan dapatnya pada hari itu juga. Apabila semuanya selesai baru la isteri abg long dibawa untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang selanjutnya. Apa letih dan penat adalah masa untuk berjumpa doktor yang mana terpaksa menunggu waktu giliran.

Gambar hiasan sahaja ni

Hari ini pulak isteri abg long datang untuk minum air gula atau MGTT ( abg long pun tak tahu apa maksudnya hehehe ). Minum air gula untuk orang mengandung ni adalah untuk melihat ibu yang mengandung mempunyai penyakit diabetes atau tidak.

Apa yang abg long tahu minum air gula ini wajib dan
  • Sebab potensi ibu hamil di serang penyakit diabetes adalah tinggi walaupun pada awalnya mereka tidak pernah menghidap diabetes sebelum ini.
  • Apabila berat badan ibu hamil tersebut melebihi 80 kg ataupun berat badan naik secara mendadak.
  • Sejarah diri atau ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini. Sama ada dari ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. Ataupun sejarah dari kehamilan yang sebelum ini.
Prosedur persediaan untuk minum air gula:-
  • Ibu diminta untuk berpuasa bermula dari pukul 10:00 malam sebelum 8 pagi waktu untuk minum air gula.
  • Awal2 pagi seawal 8 pagi (ikut time appoinment lah kan), pengambilan darah pertama akan diambil sebelum minum air gula
  • Lepas dah amik darah, ibu akan dibekalkan dengan secawan air gula..pekat tu ikut kata isteri abg long...ni ramai yang tak suka...
  • Lepas 2 jam dari time minum air gula...kena ke makmal semula untuk pengambilan darah kali ke-2. Tu je lah...tapi kena ingat lah selagi belum selesai pengambilan darah kali ke-2 nih memang kita tak leh amik makanan dan minuman selain air gula tadi je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>