Thursday, February 6, 2014

Kerana Kau Jebat!!!...

Salam sejahtera...

Jangan terkejut dengan tajuk di atas, apa yang abg long tulis tiada berkaitan antara yang hidup atau dengan yang mati... Amboi abg long ni, macam dalam movie pulak hehehe. Memang sama dalam movie pun, tapi movie yang bersambung-sambung maksud abg long cerita drama bersiri.


Abg long rasa anda semua mesti tengok kan cerita di atas kan?... kalau tak tinggu rugi wooo...hehehe. Abg long bukan nak promo cerita di atas sebab abg long rasa dah ramai yang tahu. Cuma abg long nak kongsikan penangan cerita ini, mana taknya dah isteri abg long suruh tengok jadi layan la ingatkan nak tengok dalam 1 atau 2 episod je, kesudahannya dah terus jadi peminat setia.

Terus terang abg long cakap abg long memang kurang sikit cerita melayu ni, nak lagi jika cerita tu tak sejiwa ( boleh ke guna ayat ni ) dengan abg long memang tak layan la. Cerita BUKAN AKU TAK CINTA ini lain daripada yang lain, nak kata jiwang sangat pun takda la jugak senang kata kisah romantik komedi la.

Jika abg long tertinggal satu episod abg long akan suruh isteri abg long downloadkan (aduh kantoi hehehe ) bukan itu sahaja sampai novel dia pun abg long beli sebab nak tahu kesudahannya. Iya la sekarangkan kebanyakkan cerita drama bersiri melayu di adaptasi novel. Secara tak langsung abg long dah jadi peminat novel pulak :), takpa boleh tambah koleksi buku hehehe.

Ini novel yang abg long beli.


 Lagu tema BUKAN AKU TAK CINTA.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>