Tuesday, February 25, 2014

Tindakan luar Kawalan

Salam sejahtera,

Manusia ini lemah, abg long akui dan abg long rasa anda pun patut akui jugak kan. Walaubagaimana pun sempurnanya kita masih tetap ada kelemahannya. Lain macam je abg long tulis kali ni. Apa yang abg long tulis bukan hanya untuk kepuasan abg long tapi sebagai peringatan untuk diri abg long sendiri. Terus terang setiap tulis yang abg long tulis dalam blog kesayangan abg long ini tiada kaitan mereka yang hidup atau mati, bukan nak cari siapa yang salah atau siapa yang betul. Nak buka keaiban orang, itu bukan abg long dan abg long tiada masa untuk semua tu.

Gambar Hiasan


Kekadang dalam menghabiskan masa 24jam ini, ada kala terdapat tindakan yang kita lakukan itu di luar kawalan kita. Abg long ambik pekara mudah je, MARAH. Iye marah, satu sifat yang tidak elok yang ada dalam diri kita. Walaupun kita kawal sifat marah ini, tapi bila syaitan menghasut maka sifat marah itu dah jadi luar kawalan kita.

Abg long sendiri jugak macam tu. Sabar, tetap jugak sabar tapi bila dah luar kawalan dari sabar jadi marah. Bila dah marah, mulut dah jadi " tak sayang " lagi. Apa saja yang nak di luahkan terus je keluar tanpa sekatan, tapi setelah reda jadi pulak menyesal.

Abg long teringat sabda Nabi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>