Tuesday, February 25, 2014

Hanya Kerana Luka Kecil

Salam sejahtera,



Abg long nak bawak satu kisah sejarah kepada anda kerana abg long sendiri pun baru tahu :). Pernah lihat gambar di atas?...  Mesti pernah kan, dan kita semua pernah gunakanya. Anda tahu siapa dan bagaima boleh tercipta pembalut itu? Apa kata baca kisahnya di bawah.

Earle Dickson

Ini kisah pada tahun 1921. Nama lelaki itu, Earle Dickson. Merupakan pekerja biasa di syarikat Johnson & Johnson. Dickson sudah berkahwin. Isterinya bernama Josephine. Namum, isterinyamudah cuai sewaktu di dapur. Acap kali jarinya luka ketika menghiris makanan.

Waktu itu, yang boleh dilakukan hanya membalut luka tersebut dengan kain, lalu dilekatkan pita pelekat agar kain itu tidak tercabut. Namum, apabila tangan Josephine yang luka banyak begerak untuk melakukan kerja-kerja rumah, dengan mudah balutan akan tanggal semula.



Pening kepala Dickson dibuatnya. Terasa letih asyik membalut semula balutan luka yang tanggal di jari isterinya. Lalu dia cuba mencari cara yang lebih praktikal.

Dia menggunting kain kasa menjadi kecil, sekadar cukup untuk menutup luka kecil. Kemudian ia dilekatkan pada tengah-tengah pita pelekat. Lalu Dickson menutupnya dengan kain krinolin yang berfungsi sebagai pencegah kuman.

Setelah itu, barulah dia membalutkannya pada luka kecil di jari isterinya. Ia lebih praktikal kerana pembalut ciptaannya itu lebih kecil, tidak tebal dan tidak mudah tanggal.

Majikannya, yang kebetulan melihat hasil balutan pada tangan isterinya menganggap ia penemuan menarik. Lalu Dickson dinaikkan pangkat dan sama-sama membantu mengkomersialkan penggunaan pembalut ciptaannya itu atas jenama Band-Aid.



Ya, dari situlah kisah pembalut luka kecil itu bermula. Jika anda membeli handyplast atau hansaplast atau apa saja jenama lain, ingatlah. Pembalut itu bermula daripada cetusan idea kecil lelaki bernama Earle Dickson.

Sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>