Tuesday, February 25, 2014

Kaum-Kaum Yang Pupus

Salam sejahtera,

Betul la orang kata membaca jambatan ilmu, makin baca kita baca makin banyak ilmu yang kita dapat. Rugi la jika anda tak suka membaca atau malas nak membaca. Nak lagi jika membaca tu dari buku yang di tulis oleh mereka yang mahsyur :). Macam mana agak-agak ok tak ayat abg long macam tu?, boleh tak nak buat iklan nak menarik oarang minat membaca. Memang fiil kan hehehe, takpa la terus usaha ( bagi motivasi diri sendiri ).

Ok la abg long tulis ni nak konsi dengan anda buku yang telah abg long baca. Buku yang abg long maksudkan adalah buku yang bertajuk KAUM-KAUM YANG PUPUS , baca tajuk buku pun dah menarik kan?


Apa kata abg long kongsikan sinopsis buku ini untuk baca anda :

" Demikian itulah riwayat penduduk bebarapa negeri, kami kisahkan kepada engkau ; diantara mereka ada yang masih berdiri dan ada yang telah binasa. Kami tiada mengeniayai mereka, tetapi merekalah yang mengeniayai diri sendiri, maka tiadalah bermanfaat bagi mereka sedikitpun, tuhan-tuhan yang mereka sembah selain dari Allah tatkala datang siksaan Tuhanmu. Mereka tiada mendapat tambahan, selain kebinasaan."
 Surah Hud : 100-101
" Maha suci enhkau ya Allah!
Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya engkau jualah yang maha mengetahui, lagi maha bijaksana".
Al-Baqarah:32

 Kaum Nabi Nuh a.s yang telah tenggelam di bawah air banjir yang mengerikan... Kaum 'Ad yang telah ditimbus oleh ribut pasir yang tiada hentinya... Kaum Nabi Lut a.s yang telah dihapuskan dari muka bumi dengan aliran larva serta gemba bumi... Askar-askar Fir'aun yang telah hilang di dalam laut.... Dan banyak lagi kerajaan-kerajaan silam yang telah dihapuskan dari muka bumi ini oleh Allah kerana durhaka mereka... Buku ini mengkaji bagaimana kaum-kaum yang tersebut di dalam Al-Quran ini dipupuskan. Ia mengemukakan bukti-bukti dokumentari penemuan arkeologi dan rekod sejarah kaum-kaum tersebut.


Terus terang abg long cadangkan cari la buku ini, kenapa pulak abg long kata begitu? Sebab abg long sendiri setelah membaca buku ini, banyak pengajaran dan juga ilmu yang abg long dapat daripadanya. Percaya tak jika abg long katakan Selatan Tanah Arab pernah mempunyai hutan belantara dan juga tanahnya subur? . Nak tahu betul atau tak kata abg long ni, apa kata laburkan sedikit duit BR1M anda itu untuk buku ni.

Bukan mahal pun buku ni hanya Rm16 sahaja, tapi jika anda jadi ahli member Popular anda dapat diskaun 25% untuk buku ni. Abg long bukan dibayar atau pun dapat komisen daripada buku ni cuma abg long nak menarik minat membaca pada anda sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>