Tuesday, February 25, 2014

Br1m Oh Br1m

Salam sejahtera,

Alhamdulillah dah syukur abg long ucapkan kepada pihak yang berwajib atas pemberian bantuan BR1M 3.0 yang telah mula di bayar pada hari sabtu 22hb Feb yang lalu melalui bank. Walaupun begitu terdapat berita yang abg long dapat, sesetangah mereka telah menerima bantuan BR1M ini lebih awal satu hari daripada tarikh yang telah di janjikan. Bagi abg long tak kira terima awal atau pun lewat bantuan ini, terbukti la keperihatian pemerintah kepada rakyat.



Apa yang nak abg long ceritakan berkenaan perihal kita setelah menerima BR1M, mana taknya bermacam-macam gelagat yang abg long lihat di bank. Ada yang gembira, senyum, marah dan yang maki pun ada. Entah la abg long pun hairan perihal manusia ni :). Bak iklan astro dulu macam-macam ada...

Itu baru je bab nak ambik, bila dah ambik lain pulak ceritanya. Apa yang abg long tahu BR1M kali ini telah di pecahkan kapada 4 iaitu :

1) Isi rumah berpendapatan bulan RM3000 & ke bawah - bantuan diterima RM650

2) Individu bujang yang berumur 21 tahun & ke atas dengan berpendapatan tidak melebihi RM2000 - bantuan diterima RM300

3) Isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3001-RM4001 - bantuan diterima RM450

4) Warga emas berusia 60 tahun ke atas & tinggal sebatang kara - bantuan diterima RM650.

Cuma apa yang abg long harapkan kepada mereka yang telah menerima gunakan la sebaiknya bantuan tersebut untuk perkara yang perlu sahaja. Bukan apa bila dah dapat rasanya tangan pun gatal la nak berbelanja betul tak ;).
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>