Sunday, February 16, 2014

Isteri ku Di Tahan....

Salam sejahtera....

Lama juga abg long tak update kat blog ni, maklumlah sibuk :). Ada je alasan abg long kan hehehe. Entah la mungkin perasaan malas kot, yang sesuai untuk abg long kata kan bagi mengambar keadaan blog abg long yang tak di update ini :). Walauapapun blog abg long ni tak akan dapat dipisahkan dari abg long, kerana blog abg long ini la abg long dapat mengasah bakat penulisan abg long. Panjangnya pulak intro atau mukadimah abg long kali ini hehehe.

Mesti tertanya-tanyakan kenapa dengan tajuk abg long kat ataskan?. Sebenarnya boleh dikatakan dalam minggu ini hospital telah menjadi rumah ke dua, kenapa pulak? Isteri abg long telah dimasukkan ke wad sebenarnya :) ( itu la cerita di sebalik tajuk ). 5 hari 4 malam jugak si isteri terpaksa ( boleh kot guna perkataan ini ) bermastautin kat hospital. Ini kerana BP ( blood Pressure ) atau darah tinggi dan GDM ( Gestational Diabetes Mellitus ) atau kencing manis isteri abg long tinggi.


Apa pulak kaitan BP dan GDM ini pada isteri abg long?. Untuk para wanita yang mengandung kedua-dua pekara ini perlu diambik berat oleh mereka. Kerana apa jika di abaikan, maka terjadi la sebagai mana yang berlaku pada isteri abg long :). Sebagaimana yang berlaku isteri abg long, pihak KKIA ( Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ) akan memberitahu pihak hospital untuk membuat lanjutan kesihatan setelah ujian minum air gula atau IMGGT untuk kali kedua gagal menunjukkan bacaan gula yang rendah.



Daripada cerita isteri abg long dan pemerhatian abg long sendiri bila dah berada di hospital, pemerisaan teliti akan dilakukan oleh doktor dan nurse. Untuk BP, bacaan di ambik selang sehari tapi alhamdulillah isteri abg long dalam waktu itu bacaan untuk BP normal. Walaupun kekadang bacaan isteri abg long terpaksa diambik 2 dan 3 kali.



Untuk kencing manis pulak menurut isteri abg long bacaan pertama diambik sebanyak 4 kali dimana waktu sebelum dan selepas makan pagi, sebelum dan selepas makan tenghari, sebelum makan malam dan yang terakhir sebelum tidur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>