Saturday, March 1, 2014

Sunan Kembali Lagi

Salam sejahtera,

Selamat datang bulan March 2014... Alhamdulillah syukur abg long panjatkan kepadanya kerana masih diberikan kesempatan untuk abg long meneruskan kehidupan ini. Anda pulak macam mana ye abg long harapkan semuanya baik-baik hendaknya :).




Kali ini abg nak berkongsi dengan anda dengan sebuah buku yang baru abg long baca ni, iaitu sebuah novel thriller yang bertajuk SUNAN Nanggroe Sang Kembara yang ditulis oleh saudara Ramlee Awang Murshid. Novel ini merupakan novel yang ke 23 ditulis oleh saudara Ramle Awang Murshid dan novel yang ke 6 dalam koleksi SUNAN. Antara tajuk koleksi SUNAN yang ditulis oleh saudara Ramlee Awang Murshid adalah :
  1. BAGAIKAN PUTERI
  2. CINTA SANG RATU
  3. HIJAB SANG PENCINTA
  4. CINTA SUFI
  5. SUNAN MUSAFIR




SUNAN Nanggroe Sang Kembara ini bukan la cerita sambungan daripada cerita SUNAN yang terdahulu, tetapi ia merupakan kisah permulaan bagi kelima-lima cerita SUNAN yang terdahulu atau dalam bahasa inggerisnya begins. Di bawah ni abg long kongsikan sinopsis untuk novel SUNAN Nanggroe Sang Kembara untuk bacaan anda.



Dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah-Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan.

Ajaran Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menyusup ke bumi Aceh hanya satu tujuan - membunuh Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara. Namun, Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu mensasarkan Saifudin dalam perjuangannya. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Engku Aminah, anak kerabat Istana Pagar Ruyung yang rupawan mua jatuh kasih pada saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Malangnya, Ratna menjadi batu penghalang. Ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

Terus terang abg long katakan abg long peminat setia novel yang ditulis oleh saudara Ramlee Awang Murshid dan boleh dikatakan setiap novel yang ditulis oleh Saudara Ramlee Awang Murshid ada dalam simpanan abg long walau pun tidak sepenuhnya.

Secara peribadi abg long berbangga dengan koleksi cerita SUNAN ini dan abg long tak malu untuk mengatakan cerita koleksi SUNAN ini setaraf dengan koleksi cerita HARRY POTTER, LORD OF THE RINGS atau koleksi cerita bersiri luar negara. Malahan abg long berharap suatu hari nanti koleksi cerita SUNAN ini akan dapat ke layar perak.



 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>