Thursday, January 15, 2015

Bila Sikecil Deman Lagi

Salam sejahtera,

Aduhai baru boleh nak on laptop ingatkan boleh la on awal, tapi terpaksa la layan sikecil abg long ni dulu. Ingat tak abg long ada kata sikecil ni deman lepas tu dah ok ( tak ingat tu boleh la rujuk kat sini ). Rupa-rupanya tu baru gelombang pertama ( macam banjir pantai timur la pulak ), yang betul-betul demannya pada malam tu. Ok la abg long nak cerita apa yang terjadi semalam pada sikecil abg long ni.

Baru boleh tidur bila lepas mandi

Suhu yang naik turun, dengan kepala sikecil pulak panas sampai ke 39 darjah. Abg long dengan orang umah memang kena kerja overtime malam tu bergilir-gilir jalankan tugas menjeram kepala dan badan sikecil. Dari mula guna air sejuk sampai la ke campuran air asam jawa, abg long dan orang umah gunakan bagi meredakan panas deman sikecil.


Nasib baik la sikecil abg long ni nak menyusu dan nak minum air zam-zam, meragam tu biasa la tapi alhamdulillah tak merengek. Walaupun deman tapi hati tu nak jugak main dengan abg long dengan orang umah. Tidur pulak tu sikecil abg long tak lena, iye kalau dah panas sampai ke 39 mana nak selesa kan.

Sikecil abg long betul-betul lena tidur pun lepas mandi, kan orang kata jika bayi deman selok-eloknya sentiasa mandikan biar haba panas tu kurang. Tengah hari baru abg long bawak sikecil ni ke klinik untuk checkup, alhamdulillah semuanya ok cuma doktor pesan kepala sikecil selalu la dijeram. Dan sikecil abg long ni dibekalkan dengan 2 jenis ubat iaitu deman dan antibiotik.


Yang ubat deman 4 kali makan dan untuk antibiotik pulak 2 kali makn dalan satu hari, tapi ubat antibiotik ni lepas 3 hari kena lupus sebab musababnya tu abg long tak tahu la pulak. Abg long hanya ikut apa yang juru kuanter ubat tu cakap je. Nanti abg long sambung lagi ye, sikecil abg long dah bangun tu hari ni tak tahu la napenye sikecil abg long nak memerap je dengan abg long dengan orang umah hanya nak engget ( bahasa sikecil bila nak menyusu ) je.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>