Wednesday, January 7, 2015

Aku Dan Nasi Goreng

Salam sejahtera,

Gambar Hiasan

Abg long pun tak tahu kenapa tiba-tiba je terfikir nak tulis macam ni, dah la tajuk blog lain biasa je. Iye la siapa yang tak kenal nasi goreng kan. Kalau tak kenal tu mungkin bukan penghuni bumi ni kot. Nasi goreng ni nama yang orang melayu bagi tapi lain kaum, lain bangsa, lain negara mungkin ada namanya yang tersendiri. Jangan nak hairan pulak.

La apa sebenarnya nak abg long tuliskan sebenarnya ni. Ala abg long dapat idea nak tulis ni pun sebab apa yang terjadi dalam hidup abg long senang cakap ilham datang masa sesuatu yang berlaku kat dalam umah ni tadi. Hanya sebab tu je, tiada sebab lain pun.

Abg long cuma hairan dan pelik dengan perangai manusia ni ( tiada apa yang nak pelikkan sebenarnya ), ada aje yang tak kena di mata manusia ni. Jika manusia senang pasti ada yang mengata, jika manusia ni susah pun ada yang mengata jugak. Apa pulak kaitan dengan nasi goreng ni pulak? Tentang nasi goreng ni pun ada mengata juga.


Abg long hairan salah ke hidangan malam hanya nasi goreng sahaja? Rasanya takda salah kot tapi mungkin orang lain hairan tu abg long tak tahu la. Nak-nak jika nasi goreng tu nasi goreng bodoh ( merujuk nasi goreng yang hanya tumis bawang dan kicap sahaja ), rasanya lagi kuat la mengatanya.

Apa la abg long ni pasal tu pun abg long nak tulis dalam ni kan...Tengok anda pun mengata kat abg long :), takda la abg gurau je. Jangan marah ye. Sebenarnya jika kita tengok dan renungkan itu la lumrah kehidupan kita baik dari dulu hingga la sekarang. Manusia ni memang tak puas termasuk la abg long sendiri, banyak mana yang kita ada, banyak mana yang kita dapat, yang banyak mana kita perolehi tapi jika ada yang sesorang yang lebih pasti ia la menjadi mangsa. Mangsa? iye la menjadi mangsa mengata kita. Nak mengata apa pada orang tu? Apa lagi macam-macam la yang akan keluar baik dari mulut mahu pun hati.

Tapi semakin umur abg long meningkat ni, abg long nak la berubah sekurang-kurangnya daripada pengalaman harian abg long dapat menjadi pengajaran pada diri abg long. Termasuk la jugak dengan pengalaman abg long sendiri yang mana mungkin dulu abg long pernah buat kesilapan. Kekadang tu kesilapan dan kesalahan terbuat jugak.

Agak-agak boleh faham tak apa yang abg long tulis ni tak? kalau tak faham tu buat-buat faham je la ye :)
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>