Tuesday, January 6, 2015

Hobi Baru Orang Umah

Salam sejahetra,

Ingat tak lagi abg long ada kongsikan gambar tentang hobi baru orang umah abg long? kalau tak ingat tu apa kata tengok balik gambar kat bawah ni.









Macam mana dah ingat. Ok la, apa yang nak abg long ceritakan ini sebenarnya dah banyak info yang ada kat internet. Jika taip je kat Google pasti berpuluh maklumat tentangnya cuma orang umah dan abg long je yang baru tahu. Nampak sangat abg long ni ketinggalan kan :).

Anda pernah dengan nama cendawan Mekah,cendawan ajaib,mut-mut,alga mekah, Kocha Kinoko, Hingchajun, Ibu Som, Susu Harimau atau Kombucha. Yang pernah dengar tu tahniah abg long ucapkan, yang tak pernah dengar tu macam abg long ni teruskan bacaan anda. Di bawah ni adalah gambar rupa cendawan Mekah.




Mengikut kata orang umah abg long daripada cendawan Mekah ini akan menghasilkan Air teh Kombucha, abg long sebenarnya tak berapa nak faham apa yang orang umah terang tentang Air teh Kombucha ni. Jadi jalan yang terbaik abg long guna la perkhimatan Google.

Apa yang abg long jumpa tentang Air teh Kombucha iya nya minuman zaman silam dari Manchuria dan rasanya seperti ‘cuka sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam. Kebaikan yang pernah dilaporkan kesan mengamalkan minum air teh Kombucha:

>Menghapuskan kedutan dan membantu menyinkirkan tompok-tompok perang pada tangan. Ia adalah pelembab kulit.

>Mengelakkan dari beberapa jenis kanser. Di Manchuria, dimana cendawan ini ditemui, tiada satu kes kanser pun dikesan di sana. Setiap hari mereka minum air teh Kombucha ini sebagai amalan keagamaan.
Semasa manapous, Kombucha dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik selepas meminumnya, anda akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan kerana komponen air teh Kombucha yang memasuki saluran darah bertindakbalas menyingkirkan bahan-bahan kimia beracun dan cecair, mengakibatkan anda merasa peningkatan aktiviti dan fleksibiliti di kawasan sekeliling pinggang anda.

Antara lagi kebaikkan yang ditemui:

>Membantu melegakan masalah sembelit.

>Membantu melegakan sakit-sakit otot pada bahu dan leher/tengkuk.

>Membantu melegakan masalah bronchitis, asma dan batuk.

>Membantu melegakan kanak-kanak yang ada masalah berkahak (Phlegm)

>Membantu melegakan masalah alergik dan juga masalah sakit saraf.

>Membantu melegakan masalah buah pinggang.

>Membantu melegakan masalah katarak atau masalah kornea mata.

>Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis dan sakit perut

>Membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit.

>Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran-saluran darah.

>Membantu melegakan masalah ceret-beret.

 Untuk proses penyediaan dan jugak untuk maklumat lebih detail anda boleh lihat DISINI.

P/s: Jangan anda terkejut jika dalam mecari maklumat tentang cendawan Mekah ini anda akan terjumpa orang menjual Air teh Kombucha,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>