Monday, January 19, 2015

Vokal Bukan Sekadar Rupa

Salam sejahtera,


Jika nak ikutkan abg long ni bukan ikut sangat perkembanagan Anugerah Juara Lagu (AJL) tapi entah mengapa semalam memang abg long rasa AJL kali ini merupakan AJL yang terbaik. Apa yang terbaik pulak tu abg long, iya la persembahan yang abg long lihat semlam memang lain daripada yang lain lebih-lebih lagi abg long tujukan kepada persembahan yang telah disampaikan oleh Mojo bersama dengan Caliph Buskers.


Terus terang abg long kata kan Caliph Buskers memang hebat dengan vokalnya yang power bila menyanyikan lagu Romancinta. Bukan abg long nak bandingkan dengan Aweera vokal asal kumpulan mojo bila menyanyikan lagu yang sama tapi siapa sangka dengan anugerah yang diberikan kepada Azmi Saat dari Caliph Buskers, ramai penonton di stadium Putra Bukit Jalil memberikan tepukan gemuruh dan juga penghormatan.



Caliph Buskers terdiri daripada lima orang iaitu:
  • Nirwan – Guitaris
  • Zaki – Guitaris/Vocalis
  • Azmi Saat – Bassis/Vocalis
  • Fendy – Cajon/Vocalis
  • Rubiana – Shaker/Vocalis
Caliph Buskers selalu membuat persembahan di hadapan SOGO dan juga Avenue K. Caliph Buskers juga telah bersama MYBC yang merupakan sebuah pertubuhan berdaftar yang menggabungkan golongan Penghibur Jalanan bagi mentransformasi industri busking dan menaiktaraf karier buskers.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>