Sunday, January 11, 2015

Aku Penganggur

Salam sejahtera,

Apa kata kita layan dulu lagu Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad ni dulu...



Nape la pulak abg long tiba-tiba je suruh layan lagu pulak kan. Sebenarnya lagu ni abg long nak tujukkan pada diri abg long sendiri sahaja. La ada jugak orang macam ni kan, ada la kalau tak ada tak kan la abg long tulis kat blog abg long sendiri ni.

Ok la nak merapu pulak abg long ni, lagu ni ada kaitannya dengan diri abg long. Iya la dalam keadaan macam ni tiba-tiba je teringat lagu ni. Mana taknya dah 5 hari abg long tak berkerja dan secara tak langsungnya abg long dah ada title PENGANGGUR.

Aduhai berat pulak rasanya bila dah ada title ni. Mesti anda kata abg long dah kena buang sebab masalah disiplin kan. Mmm... takda la bukan masalah tu la, ini sebab kontrak kerja abg long dah tamat. Sebab itu la bukan sebab disiplin, abg long pekerja contoh la ( Amboi angkat bakul sendiri nampak ) :).

Jadi apa rancangan abg long sekrang? Untuk waktu ni...Biar la rahsia dulu.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>