Saturday, January 31, 2015

Bila Sikecil Dah Jadi Anak Manja Abi

Salam sejahtera,

Abg long tak tahu la sama ada perubahan sikecil abg long ni biasa bila bayi dah masuk 6 bulan, atau memang macam tu perubahan bayi. Aik lain macam je abg long tulis ni, rasa berbelit pun ada, rasa ayat tunggang langagan pun ada. Agak-agak korang faham tak, harap-harap faham ye.


Waktu ni pun abg long tulis post ni waktu kala mata abg long masih lagi kuat bertahan, sambil ditemani alunan bacaan quran dari surau menantikan azan subuh ( amboi ayat tak boleh belah ). Abg long bukannya nak tunjuk yang abg long ni tak tidur kat korang sebabkan jaga anak la ( tapi ada jugak hehehe ), abg long nak cerita kat korang si kecil abg long ni.

Boleh dikatakan orang umah memang sekrang ni berbulu dan getik bila si kecil abg long dah mula manja dengan abg long. Si kecil abg long ni nak orang umah bila time nak susu je bila nak tidur, abg long la tempatnya. Tapi bukan la maksudnya si kecil abg long ni tak manja dengan uminya, cuma perubahan si kecil abg long memang nampak ketara 2 bulan kebelakangan ni.



Dengan secara rasminya lengan abg long la menjadi tempat si kecil abg long bantal untuk tidur, cuma abg long kasihan bila dah tidur macam tu si kecil seperti tak bebas untuk pegerakaan tidurnya. Apa yang menariknya bila si kecil abg long tidur abg long baru la dapat membelik-belik diri sikecil abg long dengan lebih dekat. Tapi, sikecil abg long ni tak la lama tidur di atas lengan abg long ni, bila dah lelap dan nyenyak tidur sikecil abg long ni baru la abg long alihkan si kecil abg long ni ke atas tilam kami.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>