Tuesday, January 13, 2015

Baru la ku Tahu Kisahnya

Salam sejahtera,

Amboi tajuk boleh tahan jugak ye abg long tapi isinya belum tahu lagi, yang mampu abg long lakukan sekarang tersenyum je :).


Sebenarnya abg long nak kongsi buku yang abg long baru abis baca ni, tajuk blog pun rasanya dah kena dengan isi blognya kan. Iye la selamanya duk guna Youtube dari tengok video klip lagu sampai la belajar tutorial tapi kisah disebaliknya abg long tak tahu. Nampak sangat la abg long ni ketinggalan.

Buku ni abg long beli masa pemeran BBW tempoh hari jenuh jugak la nak abiskan buku yang dibeli hari tu. Buku ini boleh dikatakan lengkap bagi anda nak tahu bagaimana tertubuhnya Youtube ni, siapa foundernya, kenapa pihak Google membeli Youtube ni da banyak lagi la. Kalau nak diceritakan disini rasanya macam copy paste la pulak.

Nak tahu dengan lebih detail nampaknya anda kena la beli sendiri :). Dan yang pasti baru la abg long tahu kenapa Jawed Karim tinggalkan Youtube. Walaupun beliau merupakan salah seorang founder Youtube.

Memang tak rugi la info yang abg long dapat daripada buku ni, walaupun buku boleh dikatakan dah lama ada dipasaran.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>