Thursday, January 8, 2015

Ruam Ke Ekzema

Salam sejahtera,

Risau jugak abg long dengan orang umah abg long bila sikecil jadi begini. Boleh dikatakan 1 bulan jugak bintik-bintik merah tak hilang pada muka dan seluruh badan sikecil. Abg long dan orang umah katakan sikecil terkenal ruam tapi nak puaskan hati sikecil abg long ni dibawa berjumpa doktor, suspek ekzema katanya. Bila dah macam tu mula la si doktor bertanyakan sejarah kesihatan keluarga abg long dan orang umah.


Jika nak diikutkan kedua-dua keluarga abg long dan orang umah takda la yang mengidap penyakit asma dan juga alergi, tapi tak tahu la. Penyudahnya doktor bagi la ubat krim kulit untuk sikecil. Tapi bila tengok pada muka dan badan sikecil tiada perubahan.


Maka kali kedua sikecil abg long berjumpa doktor kali ni doktor bagi pulak ubat lain pulak, untuk ubat kali ini bukan satu tapi dua. Satu untuk sapu kering dan satu lagi untuk gatal. Alhamdulillah ada perubahan pada sikecil abg long. Cuma bahagian kelompok mata je yang merah tu pun sebab sikecil suka gosok mata.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>