Thursday, January 22, 2015

Buku Menjadi Terkenal Di YouTube

Salam sejahtera,

Korang pernah tak lihat video macam ni kat Youtube.




Kalau korang tak pernah lihat video tu takpa bukan jadi kesalahan pun. Sebenarnya boleh dikatakan banyak lagi abg long nak masukkan video seperti atas tu, kalau dah semua nak masuk buat apa tengok kat sini kan :). Korang mesti hairan kan ( kalau tak hairan tu buat-buat la hairan ye ) kenapa la abg long sertkan video macam tu kat sini.

Sebenarnya abg long nak kongsikan dengan korang buku yang abg long baru habis baca, memang ia ada kaitan dengan video diatas dan jugak YouTube. Buku apa pulak la ni ye, korang jangan la gabra pulak takda yang pelik pun.





Buku ini la yang abg long maksudkan sebenarnya, jika nak diikutkan buku ni boleh diketegorikan buku lama la jugak dah 5 tahun diterbitkan. Abg long je yang baru baca, jika korang ingat abg long pun ada kongsi tentang sejarah Youtube ni kan. Korang ingat tak? kalau tak ingat tu apa kata korang klik kat sini.

Ok la, pada abg long la buku ini pun takda la lama sangat malah apa yang ada dalam buku boleh diguna pakai jugak cuma kita je la kena kraetif sikit dan mungkin ada perubahan pada YouTube yang perlu kita ikut. Tapi jangan la pulak kata abg long buat promot pulak, abg long kongsi je apa yang abg long baca.

Seperti kata penulis buku ni, setelah habis je buku ni apa yang akan kita dapat :
  • Kelebihan mengupload video ke dalam YouTube
  • Bagaimana mahu menjadikan YouTube partner
  • Bagaimana membina pengaruh melalui YouTube
  • cara mendapat jumlah penonton tertinggi
Malah abg long baru faham apa itu Vblog aduhai nampak sunggu ketinggalan. Apa yang menariknya abg long dah dapat idea daripada buku ini. Idea apa tu...RAHSIA


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>