Wednesday, January 14, 2015

Esok Bermula Pembayaran Br1m

Salam sejahtera,


Esok jangan terkejut pulak jika setiap mesin ATM yang ada kat Malaysia ni ramai yang beratur untuk mengeluarkan duit. Ini kerana pembayaran BR1M telah dilakukan melalui akaun setiap mereka yang layak dan yang telah mengemas kini maklumat tempoh hari.


Pembayaran ini dibuat bermula dari 17 Januari dan dijangka berakhir pada 31 Mac. Mengikut kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bayaran BR1M ini dipercepatkan setelah dipersetujui oleh kerajaan dan bayaran BR1M ini lebih diutamakan bagi negeri-negeri yang dilanda banjir. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, baucar BR1M akan dibuat mulai 17 Januari dan dijangka berakhir pada 31 Mac.

Mengikut kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebanyak 4.4 juta penerima yang mempunyai pendapat dibawah RM3000 manakala sebanyak 400,000 penerima pulak yang berpendapatan RM3000 hingga RM4000. Setiap kategori akan menerima RM950 dan RM750 yang mana akan dibayar 3 kali setahun.

Sebanyak 2.3 juta penerima individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2000 kebawah, bayaran RM350 akan dilakukan sekali gus.

Alhamdulillah dengan berita ni abg long rasa dapat la meringankan beban bagi mereka yang layak menerima terutama kepada mereka yang mengalami musibah banjir baru-baru ini. Apa yang abg long harapkan dengan guna la secara bijaksana bukan memkhizir buta pulak ye.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>