Tuesday, January 13, 2015

Sikecil Mula Deman

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kepadanya sebab daripadanya la ia datang dan datang daripadanya juga la ia pergi... Macam mana ok tak ayat pembukaan abg long macam tu. Kira ok la ye kalau tak ok tu jangan komen pulak :).

Baru berkesempatan untuk abg long update blog abg long ni, iye la semalam abg long dan orang umah abg long terpaksa kerja overtime melayan sikecil abg long yang meragam nak deman. Tapi bukan meragam nangis tapi meragam nak main. Walaupun tak sihat, tapi sikecil abg ni tetap nak main dengan abi dan umminya.

Mana taknya sikecil abg long ni semalam dah nampak macam tak berapa sihat, lepas memandikan sikecil abg long ni kepalanya dah panas. Nasib baik la ada thermometer digital ( orang umah abg long beli masa jualan akhir tahun kat Lazada tempohari ) boleh jugak dapat bacaan suhu dengan cepat.



Apa lagi dengan sepantas kilat la orang umah jeram dengan air kat kepala sikecil abg long. Gelabah dan risau jugak kami berdua, mana taknya sikecil abg long alhamdulillah la dah usianya 5 bulan ni boleh dikatakan tak pernah deman.

Tapi tipu la pulak kalau abg long kata tak pernah deman kan, sikecil abg long ada la jugak tanda-tanda sama seperti semalam tapi tak la melarat sampai dua hari atau lebih. Hatta kena cucuk pun, alhamdulillah sikecil abg long tak deman dengan erti kata sebenar cuma lemah je pada malam lepas kena cucuk tu je.

Orang umah abg long semalam apa lagi kejap-kejap tembak thermometer tu kat dahi sikecil, kejap-kejap tembak kat perut. Jeram air tu tak payah cakap la mula kat dahi, jeram kat badan, jeram kat belakang. Suhu pulak kejap naik kejap turun. Orang cakap suhu kena ambik lebih kurang 4 jam sekali tapi kitaorang bukan 4 jam, bukan 2 jam tapi 10 minit sekali.

Pagi tadi alhamdulillah sikecil dah sihat, dah nampak cergas balik. Suara sikecil ni apa la kuat balik la jika geram. Tu la tanda aras kami berdua guna bila nak tahu sikecil ni sihat atau tak.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>