Saturday, March 22, 2014

Ikhlaskah Kita?

Salam sejahtera,


Ini merupakan perkongsian terakhir daripada siri perkongsian yang abg long ambik daripada buku ini untuk anda semua. Bagi anda yang terlepas siri perkongsian abg long, anda boleh la klik di sini dan juga di sini.


IKHLAS

Memberi pertolongan kepada pihak yang memerlukan adalah amalan yang murni dan sangat digalakkan Apatah lagi andai yang dibantu itu ibu bapa atau saudara kandung kita sendiri. Sesungguhnya bantuan yang diberi akan menggembirakan hati yang menerima. Tetapi, sejauh mana keikhlasan kita membantu mereka yang memerlukan? Kenapa saya bertanya demikian? Ini kerana tanpa sedar kita selalunya jauh tersasar daripada keikhlasan yang dituntut di dalam kehidupan. Contohnya :

Kita telah merancang untuk bercuti bersama-sama keluarga pada hujung minggu atau pergi memancing dengan kawan-kawan. Sehari sebelum tibanya hari tersebut, kita menerima panggilan telefon daripada ibu atau ayah. Kita disuruh balik kampung kerana ada urusan atau mungkin salah seorang daripada mereka berada dalam keuzuran.

Kita pasti serba salah. Sebagai anak, memenuhi permintaan ibu bapa adalah satu kemestian. Tetapi, bagaimana pulak janji dengan mereka yang tersenarai di dalam rancangan kita? Suka atau tidak, kita terpaksa memenuhi permintaan ibu bapa terlebih dahulu.

Sungguhpun begitu, jika tidak di mulut, hati kita akan merungut, " Selalu macam ini. Asal ada rancangan aje, ada saja halangannya. Yang mak pun satu, selalu dah pesan jangan kerja kuat. Umur tu dah meningkat, tapi sikit pun tak nak dengar. Pening kepala aku. "

Itu mungkin sebagaian rungutan yang terkeluar dari mulut kita. Biarpun kita balik ke kampung, tetapi ia dalam keadaan tidak gembira dan keterpaksaan. Ikhlaskah kita? Ayuh, fikirkanlah...

Kita seorang yang berkemampuan. Pendak kata, kita berada dalam golongan yang memiliki kesenangan hidup dan cukup segala-galanya. Malah, tidak keterlaluan andai dikatakan kita orang yang terlebih ada. Menjadi kebiasaan dalam hidup ini, orang yang senang menjadi tempat saudara-mara atau sahabat handai bergantung harap.



Ada susah sahaja kitalah tempat mereka mengadu. Alah... seringgit dua tidak menjadi masalah besar buat kita. Maka, datang kawan atau saudara-mara minta pertolongan pada waktu susah. Mungkin kali pertama, kedua atau entah kali yang keberapa.

Sebagai insan yang berada, mahu atau tidak, suka atau sebaliknya, kita pasti akan menolong mereka. Tetapi sebaik sahaja mereka pergi, kita akan berkata " Kalau aku tidak memikirkan anak dia ramai, memang aku tak akan tolong punya. Susah aje cari aku, susah aje cari aku. Apa? Dia ingat aku ni bank ke? "

Ya ALLAH... oarang mintak tolong kita beri, belakangnya kita merungut. Lagi menyedihkan, kita merungut pula kepada orang lain. Bayangkanlah, apa perasaan orang yang kita tolong jika dia mendengar rungutan tersebut? Tidakkah terguris hati kecilnya?

Alangkah baik jika kita beritahu sahaja, " Kali ini aki tak dapat tolong. " Mungkin kawan kita itu boleh mencari ikhtiar lain. Tidakkah terfikir bahawa RM10 yang kita ada belum tentu semuanya milik kita?

Andai kata kita seorang kakitangan yang bertugas di kuanter atau di pejabat berurusan dengan oarang ramai. Tidak dinafikan kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia yang datang. Ada yang menggembirakan dan ada juga yang menyesakkan. Apabila datang seoarang pelanggan yang bertanya dan meminta pertolongan, dengan senang hati ( kononnya ) kita membantu selesaikan urusannya.

Namum selepas pelanggan itu pergi, kita merungut kepada kawan kita, " Nak isi borang punya senang pun tak tahu. Takkan tak ada anak-anak atau saudara-mara yang pandai kot? Serabutlah. Tak tolong nanti, buat aduan pulak. Dikatanya kita tak mesra pelanggan, sombonglah, makan gaji butalah, tak boleh mintak tolonglah dan entah apa-apa lagi. Tak cukup dengan tu, dimasukkan pulak dalam surat khabar, beritahu kelemahan jabatan kita. Dah jadi isu. Yang mereka tu menyusahkan kita tak fikir. "

Pelik, kan? Bagaimana boleh jadi seperti itu? Bukankah kita diberi gaji untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan? Jika kita kata mengisi borang itu tidak susah, kenapa pulak mesti merungut?

Situasi lain... sedang kita asyik bekerja, tiba-tiba datang seorang rakan sekerja minta tolong tunjukkan cara untuk membuat kerja yang diarahkan oleh ketua. Kita pun tolonglah. Tetapi selepas itu, kita merungut kepada kawan yang lain, " Nak buat itu pun tak tahu. Kerja dah lama patutlah tak naik pangkat. "

Sampainya hati kita merendahkan kebolehan kawan sendiri. Dia datang meminta tolong mungkin kerana menganggap kita baik dan suka menolong rakan sekerja. Atau mungkin juga kita lebih pandai daripadanya. Jika kawan kita tahu, pasti dirinya tidak mahu menyusahkan kita. Lagipun kebetulan kita satu bahagian dengannya. Jadi, apalah salah jika dia bertanya. Tiada apa yang merugikan pun. Bukanlah disebabkan pertolongan yang kecil itu boleh menyebabkan prestasi kita tercalar. Manusia apakah kita ini? Fikirlah... Ikhlaskah kita?

Kadang-kadang solat kita juga tidak ikhlas. Jika ada tetamu di rumah, kita akan bersolat di masjid atau surau. Sedangkan selalunya kita hanya bersolat di rumah. Ikhlaskah kita? Jika dengan ALLAH SWT pun kita tidak ikhlas, bagaimana hubungan kita sesama manusia?

Terdapat banyak lagi contoh kecil mahupun besar yang boleh saya ceritakan, tetapi cukuplah ini sahaja. Saya tidak boleh ceritakan, tetapi cukuplah ini sahja. Saya tidak berniat untuk merendahkan sesiapa. Apa yang saya katakan ini lebih menjurus kepada diri saya sendiri. Maaf andai ada yang terasa. Di sini saya menyeru diri saya sendiri dan kepada kelian semua, cerminlah diri kita sendiri setiap hari. Ikhlaskah kita dalam segala urusan yang melibatkan kehidupan di dunia ini?
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>