Sunday, March 23, 2014

Cerita Di Walimatul Urus

Salam sejahtera,

Hari ni abg long telah menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu abah ( bapak mertua ) yang telah berlangsung di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves. Majlis ini bermula 10 pagi hingga 4 petang. Terus terang abg long cakap ini kali pertama abg long berjumpa dengan sepupu sebelah abah ni, jika tak ada generasi tua abg long rasa abg long tak kenal para sepupu abah ni.

Peta lokasi majlis

Boleh dikatakan ramai jugak tetamu yang diundang bagi menghadiri majlis ni, selain tu tempat majlis jugak selesa dengan adanya air con. Jadi takda la panas para jemputan menjamu selera. Abg long pun boleh dikatakan lama jugak lepak kat majlis kahwin ni.

Suasana Majlis

Paling seronok abg long perhatikan adalah abah, dimana boleh dikatakan hampir kesemua adik beradik abah ada di majlis ni. Banyak la cerita bila dah berjumpa maklum la selain hari raya, majlis macam ini la untuk mereka berjumpa. Sanak saudara, sepupu isteri abg long pun ramai jugak yang ada masa kenduri kahwin tadi.



 Sebahagian Adik beradik abah

Bila dah berkumpul 

Lepas tu abg long sekeluarga begerak dan singgah kejap di kedai arab iaitu Berkat Madinah untuk dapatkan jus delima tapi bila dah sampai sini daripada satu je nak beli dah jadi lebih daripada satu. Mana taknya raman mata bila dah sampai kat kedai ni. Nak jika anda peminat kekacang, Kat kedai arab ni ada bermacam-macam kacang yang dijual. Pulak tu boleh pulak sebelum beli kita boleh rasa dulu. Mana nak dapat kedai macam ni. Kat shopping mall pun tak dapat.

Hasil shopping :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>