Sunday, March 9, 2014

Banyak Sungguh Spekulasi

Salam sejahtera,

Dah masuk hari yang kedua cerita berkenaan kehilangan pesawat mas MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Apa yang abg long perhatikan kat Facebook berbagai-bagai cerita yang ditulis berkenaan peristiwa itu. Bukan setakat itu sahaja kutukan dan cacian pun ada terselit yang mana ditulis oleh mereka-mereka yang tak bertanggungjawab. Abg long pun hairan mereka ini tiada perasaan ke bila menulis kutukan dan cacian tu. Entah la, itu yang abg long mampu katakan kerana kita telah diberikan akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Tepuk dada tanya akal.


Selain daripada Facebook, berbagai sumber berita kita dapat prolehi dengan cepat baik blog mahupun website berita yang lain baik di dalam atau di luar Negara. Tetapi harus di ingat kekadang sumber maklumat yang kita dapat tu kena la kita tapis dan selidik dahulu untuk kesahihannya, jangan pula 100% kita terima. Nasihat ini untuk ingatan abg long sendiri juga, sebab dalam menulis blog ini abg long banyak jugak merujuk sumber-sumber tertentu untuk menulis.

Apa pun abg long mohan kepada anda untuk terus berdoa kepada mereka yang berada di dalam pesawat MH307 yang hilang tu selamat. Hanya itu yang kita mampu lakukan untuk mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>