Saturday, March 22, 2014

Betul Ke Lelaki Malas?

Salam sejahtera,

Abg long rasa tercabar sebenarnya bila terbaca satu artikel yang mengatakan lelaki ni malas, walaupun artikel tu lebih menekankan pada lelaki di negeri beliau tapi abg long tak boleh nak menerima apa yang dinyatakan oleh beliau. Sebagai orang yang berpengaruh dan pernah suatu ketika dulu pernah juga bergelar menteri, sepatutnya beliau tak boleh mengeluarkan kenyataan begitu.

Gambar Hiasan

Abg long mohon maaf dengan apa yang abg long tulis dalam post kali ini. Bukan untuk membela atau backup kaum sejenis, apa yang abg long tulis ni berdasarkan pendapat abg long sahaja. Berbalik pada kenyataan pada artikel tu, beliau mengatakan kebanyakkan lelaki menghabiskan masa di warung kopi sahaja. Dalam artikel itu jugak beliau mengatakan lelaki tidak bertanggungjawap pada keluarga dan menjadikan wanita sebagai " ketua " keluarga.

Pada pendapat abg long, baik lelaki mahupun wanita semuanya sama sahaja. Ada yang malas, ada yang rajin, ada yang bertanggungjawap dan sebagainya. Kita yang menentukan semuanya atas diri kita sendiri, kalau tak kan la ada pepatah melayu darah sama merah, hati lain-lain. Kita semua pun tahu kan manusia yang ada di dunia ini berbeza antara satu sama lain, baik daripada segi fizikal, tingkah laku, emosi dan sebagainya. Maka jika di rujuk pada artikel tu, abg long memang tak boleh nak terima kenyataan beliau. Macam mana beliau boleh kata begitu, lebih-lebih lagi negeri yang beliau sendiri duduki.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>