Monday, March 3, 2014

Bahana Jangkitan H Pylori

Salam sejahtera,

Biarpun berita kehamilan seharusnya disambut penuh keceriaan, keadaan mabuk hamil yang sukar ditangani menyebabkan segelintir wanita berasa terganggu dalam tempoh kandungan mereka.

Hampir 90 peratus wanita hamil mengalami rasa loya dan muntah. Mengikut pandangan ahli biologi evolusi, mabuk hamil adalah suatu bentuk mekanisme perlindungan semula jadi tubuh.


Fakta berkenaan disokong oleh beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang mengalami loya dan muntah berisiko lebih rendah untuk keguguran dan kematian bayi sebelum atau semasa lahir.

Biarpun kebanyakan rasa loya akan berlalu dengan spontan apabila berakhirnya trimester pertama, sejenis mabuk hamil yang serius iaitu hyperemesis gravidarum (HG), boleh berlaku sehingga berpotensi me-ngancam nyawa. Dalam perkembangan terbaru, HG didapati berpunca akibat serangan bakteria usus yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H pylori).

Apabila loya dan muntah berlaku secara berterusan atau teruk dan membabitkan penurunan berat badan melebihi lima peratus berbanding berat wanita sebelum hamil, situasi itu dikenali sebagai HG.

Dalam sesetengah kes, HG berpotensi me-ngancam nyawa ibu namun punca HG masih diselubungi tanda tanya sehingga kini. Walaupun ia sering dikaitkan dengan interaksi kompleks pelbagai faktor biologi, psikologi dan sosio-budaya, jangkitan kronik H pylori juga dianggap sebagai salah satu kemungkinan punca HG.

H pylori ialah spesies bakteria berpilin yang dikenal pasti pada 1982 sebagai penyebab gastritis dan ulser perut. Dengan jumlah pesakit yang dijangkiti melebihi 50 peratus penduduk dunia iaitu lebih tiga bilion orang, ancaman serius bakteria itu terhadap kesihatan manusia tidak boleh dipandang ringan.

Kaedah penyebaran

Negara di mana seseorang itu bermastautin menentukan kebarangkalian dirinya dijangkiti H pylori. Secara amnya, negara yang lebih mundur dengan tahap kebersihan tidak sempurna dan pemakanan kurang berkhasiat menunjukkan kadar tertinggi jangkitan H pylori.

Walaupun terdapat lebih 40,000 laporan saintifik mengenai H pylori, tiada satu pun yang benar-benar mengetahui cara penyebaran utama penyakit itu. Ia dipercayai berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan melalui pe-nyebaran titisan air liur.

Namun, jangkitan H pylori lebih cenderung berlaku pada wanita yang bergelar ibu iaitu individu yang paling banyak berhubung dengan ahli sesebuah keluarga.

Suami isteri boleh menjangkiti antara satu sama lain dan jika salah seorang didapati positif, pasangannya juga perlu diperiksa kerana dalam 70 peratus kes, jangkitan itu didapati membabitkan pasangan yang sudah dijangkiti.
Kanak-kanak juga tidak terkecuali di mana kajian menunjukkan bahawa jangkitan H pylori kerap bermula apabila kanak-kanak mencecah usia 10 tahun akibat pe-nyebaran daripada ahli keluarga.

Di negara yang sedang membangun, seramai 90 peratus penduduknya disahkan masih dijangkiti bakteria itu walaupun pada usia 40 tahun. Hakikatnya, seseorang individu akan terus dijangkiti sepanjang hayat sehinggalah mereka menerima rawatan yang berkesan untuk menghapuskan bakteria terbabit.

Dalam kes mabuk hamil yang teruk, penyelidik mengesyorkan dalam fasa awal kehamilan, perubahan kepekatan bendalir tubuh wanita bertindak mempengaruhi keasidan (pH) perut, seterusnya mengaktifkan bakteria H pylori yang terpendam dalam lapisan perut.

Jangkitan H pylori juga membebaskan enzim dan toksin yang menyebabkan mabuk hamil berlaku secara berterusan, atau HG, apabila tubuh mencuba sedaya-upaya untuk me-nyingkirkan bakteria itu tetapi tidak berjaya.

Dalam kajian yang dijalankan di Universiti Ain Shams di Kaherah, 71 daripada 80 kes HG dalam kalangan wanita hamil didapati berlaku seiri-ngan dengan jangkitan H pylori. Apabila lapan daripada wanita yang dijangkiti itu diberikan rawatan tanpa bahan yang boleh menjejaskan janin untuk menghapuskan H pylori, kekerapan muntah yang teruk mula berkurangan dan kehamilan berjaya diteruskan sehingga kelahiran bayi yang sihat.

Malangnya, jangkitan H pylori tidak boleh didefinisikan dengan jelas sebagai penyebab HG melainkan seseorang wanita hamil menjalani pemeriksaan. Ujian H pylori boleh dilakukan dalam beberapa cara dan paling lazim melalui ujian nafas di mana anda perlu meniup beg seperti belon atau ujian antibodi darah untuk menentukan sama ada tubuh sudah menghasilkan antibodi terhadap bakteria terbabit.

Pakar gastroenterologi dan pengamal perubatan semula jadi, Dr Vagif Soultanov berkata, jika mabuk hamil yang teruk berterusan selepas bulan keempat atau kelima dan pelbagai kaedah yang dicuba menemui kegagalan, ujian saringan untuk H pylori perlu dilakukan.

Sebaiknya, wanita perlu mengetahui sama ada mereka positif H pylori sebelum mereka mula hamil kerana tidak banyak pilihan ubat tersedia semasa kehamilan dan sesetengahnya pula boleh memudaratkan bayi.
“Wanita yang mengalami simptom gastritis, pedih hulu hati, refluks asid, gas atau kembung perut yang berlarutan melebihi dua bulan digalakkan untuk menjalani ujian H pylori.

“Namun begitu, simptom berkaitan perut bagi mereka yang dijangkiti H pylori hanya muncul dalam 20 peratus pesakit. Sebahagian besarnya tidak menunjukkan sebarang simptom sama sekali.

“Apa pun, simptom lain seperti migrain, keguguran rambut, masalah gusi ataupun nafas berbau mungkin berlaku disebab-kan jangkitan H pylori,” katanya yang menerajui penyelidikan berkenaan, pada sesi soal jawab baru-baru ini mengenai NuvaPine A yang dirumus daripada Bioeffective A berpaten, produk pemakanan dengan keberkesanan biologi yang tinggi.

Pengamal perubatan bersetuju rawatan H pylori perlu bagi mengelakkan timbulnya masalah lain yang lebih teruk. H pylori sebenarnya bukanlah bakteria yang mudah dihapuskan.
Disebabkan jangkitan H pylori mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain, persoalannya, bagaimana merawat jangkitan yang begitu lazim berlaku tanpa menghasilkan rantaian bakteria yang berupaya melumpuhkan keberkesanan rawatan dan seterusnya lebih sukar untuk dibunuh?

Regim penjagaan standard dengan penggunaan antibiotik berdepan masalah kerintangan yang serius serta menghasilkan kesan sampingan seperti sakit perut yang lebih teruk, loya, sakit kepala dan rasa payau dalam mulut.
Bagi wanita hamil, rawatan antibiotik semasa kehamilan tidak di-syorkan kerana ia boleh membahayakan janin.

Atasi jangkitan

Pendidikan sememangnya kunci bagi mengatasi jangkitan bakteria H pylori. Amalan kebersihan yang baik seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, memberus gigi, tidak berkongsi pinggan, gelas dan sudu atau garpu sesuatu yang wajib dilakukan.

Bagi menghalang jangkitan daripada terus merebak, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terhadap kaum ibu. Ahli perubatan tradisional sudah lama menerokai kaedah rawatan alternatif seperti penggunaan teh hitam atau hijau dan bawang putih, walaupun tidak banyak kajian yang dapat mengesahkan dakwaan keberkesanannya.

Probiotik juga sering dimanfaatkan untuk menguatkan sistem imun terhadap serangan H pylori. Namun begitu, probiotik hanya bertindak di dalam usus dan bukan di dalam perut dan kebanyakannya tidak dapat menandingi kelicikan bakteria H pylori ini.

Di peringkat global, penemuan yang memberangsangkan diperoleh hasil penyelidikan Pasteur Institute di St Petersburg, Russia, terhadap ekstrak jejarum konifer pain yang dikenali sebagai Bioeffective(R) A.
Bahan itu bukan saja didapati aktif terhadap H pylori, malah ia juga dilengkapi ciri penyembuhan yang tinggi bagi membantu perut dan usus kembali berfungsi dengan normal.

Dalam kajian yang dijalankan, Bioeffective(R) A diberikan kepada pesakit yang mengidap luka perut dan keputusannya dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Hampir separuh daripada pesakit dalam setiap kumpulan juga dijangkiti H pylori.
Selepas tempoh rawatan, 92 peratus pesakit yang mengambil Bioeffective(R) A menunjukkan kelegaan simptom yang ketara termasuk gastritis, refluks asid, gas dan gangguan usus.

Ia dipercayai berlaku kerana Bioeffective(R) A bertindak dengan me-nyekat kerengsaan kronik dalam lapisan perut dan seterusnya mengurangkan masalah gastritis yang teruk. Bagi pesakit yang sebelumnya dijangkiti H pylori, 57 peratus didapati bebas sepenuhnya daripada jangkitan terbabit.

Menurut Dr Soultanov, H pylori ialah sejenis karsinogen yang paling berbahaya dan akibatnya terhadap kesihatan manusia tidak boleh dipandang ringan. Mabuk hamil hanyalah satu daripada beberapa kesan buruk yang boleh melemahkan tubuh.
“Selain berpotensi tinggi sebagai ejen penyembuhan untuk seluruh tubuh, Bioeffective(R) A menunjukkan profil sebagai bahan terapeutik tambahan bagi meningkatkan keberkesanan kaedah standard yang digunakan dalam penghapusan H pylori,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>