Sunday, March 23, 2014

Catuan Air Diteruskan

Salam sejahtera,

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), catuan air akan diteruskan sehingga ke tarikh yang ditentukan, walaupun hujan beberapa hari lepas telah meningkatkan paras air di Sungai Selangor. Hujan yang melanda bebarapa hari lepas telah meningkatkan pengeluaran air di loji-loji rawatan air yang terlibat didalam pelan catuan bekalan air, antaranya LRA Sg Selangor Fasa 1, LRA Sg Selangor Fasa 2, LRA Sg Selangor Fasa 3, LRA Sg Rasa dan LRA Rantau Panjang.

 
Pelan Catuan Air Peringkat Ketiga melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Shah Alam.
  
Pihak syabas meminta orang ramai memberi kerjasama menjimatkan penggunaan air dan tidak merosakkan fasiliti dan infrastruktur bekalan air yang diuruskan olehnya demi kepentingan semua pihak.
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>