Saturday, March 8, 2014

The Magic Of Thinking Big

Salam sejahtera,

Lama juga abg long tak update kat blog kesayangan abg long ini, selain sibuk dengan kerja kekadang abg long sendiri takda idea untuk menulis kat blog ni. Jadi bila dah takda idea nak menulis ni, abg long kena la cuba-cuba cari idea jugak. Maka dengan itu abg nak kongsi dengan anda sebuah buku yang baru je abg long habis membacanya.


Buku ini la yang nak abg long kongsikan dengan anda, " THE MAGIC OF THINGKING BIG ". Bagi anda yang berminat dengan buku motivasi atau tercari-cari buku untuk membakar semangat anda yang lesu, abg long cadangkan buku ini untuk anda.

Apa kata abg long kongsikan ringkasan buku ini,

Berjuta-juta orang di seluruh dunia berjaya mengubah hidup mereka melalui The Magic Of thungking Big. Dr. David J. Schwartz, pakar motivasi terkenal dapat membantu anda meningkatkan jualan, menguruskan kehidupan anda dengan lebih baik dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Apa yang penting, anda memperoleh kebahagian serta ketenangan jiwa yang lebih mendalam.

The Magic Of tingking Big menawarkan kaedah-kaedah yang berguna. Dr. Schwartz membentangkan program yang disusun dengan teliti bagi memaksimumkan manfaat daripada pekerjaan, keluarga dan komuniti. Beliau membuktikan yang anda tidak perlu menjadi seorang cendikiawan ataupun mempunyai bakat tertentu bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Pelajari serta fahami cara berfikir dan bertindak untuk ke puncak kejayaan. Semua rahsia itu terkandung dalam buku :
  • Anda yakin, anda berjaya
  • Pulihkan diri anda daripada penyakit takutkan kegagalan
  • Kaedah berfikir dan bercita-cita kreatif
  • Anda adalah produk pemikiran anda sendiri
  • Jadikan sikap sebagai sekutu anda
  • Cara berfikir secara positif
  • Cara mengubah kegagalan kepada kejayaan
  • Manfaatkan pengalaman bagi membangunkan diri
  • Cara berfikir seperti pemimpin
Tak rugi untuk anda laburkan sedikit wang bagi mendapatkan buku ini, jika dibandingkan dengan apa yang kita perolehinya nanti. Anda boleh dapatkan buku ini dikedai-kedai buku dan yang paling senang anda boleh dapatny secara online cuma perlu klik di sini sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>