Monday, March 3, 2014

Musim Kemarau

Salam sejahtera,

Cuba anda perhatikan gambar di bawah ini. Gambar ini abg long ambik dari bilik abg long, apa perbezaa yang anda nampak?


Dah jumpa perbezaannya :), abg long rasa anda dah jumpa kan. Apa yang nak abg long tunjukkan disini adalah berkenaan kesan kepanasan yang melanda di Malaysia dan khususnya di Kuala Lumpur. Sebagaimana yang kita tahu sekarang ini catuan air telah dilakukan oleh pihak Syabas bagi meyelesaikan masalah air yang berlaku di sesetengah tempat. Mungkin anda termasuk jugak abg long penyelesaian ini menyusahkan tapi kita harus ingat pihak syabas telah buat yang terbaik untuk kita semua dalam menyelesaikan masalah air ini.

Apa yang nak abg long ingatkan pada anda dan juga abg long sendiri dalam musim panas ini banyakkan meminum air untuk mengelakakn kesan strok haba. Jika kita perhatikan gambar diatas, kita sendiri dah tahu berapa panasnya Malaysia sekarang, rumput yang dulu hijau sekarang dah jadi kuning. Bagi mereka yang selalu terdedah pada cahaya matahari baik dalam segi pekerjaan mahupun melakukan aktiviti-aktiviti ourdoor cuba kurangkan dan INGAT selalu minum air sebanyak mungkin.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>