Saturday, March 29, 2014

Halalkah Gelatin Kapsul?

Salam sejahtera,

Abg long tertarik dengan satu artikel yang abg long baca daripada sebuah majalah tempatan. Abg long rasa artikel ini sesuai untuk bacaan kita bersama moga-moga perkongsian ini bermanafaat untuk anda semua.

Penggunaan gelatin telah digunakan begitu lama dan secara meluas dalam industry makanan, kecantikan dan perubatan. Di hospital dan klinik, gelatin digunakan dalam bentuk kapsul ubat dan kapsul lembut seperti kapsul minyak ikan dan ekstrak minyak zaitun. Sementara dalam industri makanan ia digunakan dalam penyediaan gula-gula, coklat, yogurt, keju, mentega, aiskrim, makanan pencuci mulut segera seperti agar-agar dan punding, dan gula-gula getah.


Isu utama di sini adalah bolehkah pesakit Muslim menggunakan ubat yang mengandungi kapsul yang diperbuat dari gelatin? Adakah ia halal? Kapsul ubat menggunakan gelatin yang dihasilkan dari proses pengasingan protein kolagen yang diambil dari tubuh haiwan. Protein kolagen ini diperolehi dari sumber kulit, tulang dan tendon haiwan. Dalam teknologi terbaru, pengeluaran gelatin boleh menghasilkan gelatin dari beberapa jenis tumbuhan rumpai laut atau alga merah.



Namum begitu ramai pengeluar gelatin yang menggunakan gelatin daripada haiwan babi ( porcine ) kerana kosnya lebih murah berbanding dengan gelatin dari lembu ( bovine ). Gelatin yang dibuat dari tumbuh-tumbuhan pula adalah gelatin yang paling mahal kerana sukar untuk diproses. Oleh kerana kebanyakkan pengeluar ubat tidak menyatakan dengan jelas sumber gelatin yang digunakan, ini menyebabkan kita sebagai pengguna Muslim berada dalam keresahan.

Jika gelatin dalam kapsul ubat yang menggunakan sumber dari haiwan, ia boleh jadi dari haiwan babi atau dari haiwan yang halal di makan seperti lembu tetapi tidak disembelih mengikut syarak Islam. Jadi setakat ini, ubat-ubatan yang menggunakan kapsul yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan sahaja yang dianggap halal.

Maka ramai pesakit yang menolak dan tidak mahu menggunakan ubat-ubatan dari hospital kerana tiada siapa yang menjamin status halalnya dan tiada penerangan dari pegawai farmasi yang memberikan ubat itu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-DArda' bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : maksudnya: " Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan."

Islaam sangat memetingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya ubat yang dimakan selain membawa manfaat, juga tidak memberikan kemudaratan. Walau bagaimana pun Muzakarah JawatanKuasa Fatwa majlis kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984 telah memutuskan bahawa penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana dharurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.

Dalam hujah yang digunakan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan bahan-bahan yang haram atau yang bercampur dengan najis untuk tujuan perubatan adalah haram. Walaubagaimanapun menggunakan ubat dari benda yang najis selain dari benda yang memabukkan dalam keadaan dharurat adalah harus sebagaimana pendapat Ibnu Ruslan ( Mazhab Shafie ) dalam kitab Sunan Abi Daud. Pendapat ini berdasarkan kepada Hadith al-'Urniyyin yang diriwayatkan oleh Iman al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh Sahabat meminum air kencing unta sebagai ubat.

Ramai ulamak yang mengambil hadis ini sebagai kebenaran khas di mana umumnya adalah diharamkan berubat dengan benda yang haram kecuali tiada bahan lain yang boleh menggantikannya ( dharurat ). Sebagai pesakit dan pengguna Muslim, kita ada hak untuk bertanya kepada pihak yang memberikan ubat samada yang didapati dari hospital, klinik, farmasi dan penjualan online, tentang status halal ubat bagi memastikan semua ubatan yang digunakan menggunakan bahan yang halal.

Wallahu a'alm

Sumber
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>