Saturday, March 22, 2014

Komplikasi Jiwa Muslim

Salam sejahtera,


Alhamdulillah katam jugak akhirnya buku ni, tak rugi untuk kita melabur dalam ilmu tak kira la dalam apa bidang pun janji ia ilmu tu tak terpesong. Ilmu tu tak semestinya kat sekolah atau kena orang pandai je yang boleh menuntut, Abg long sebagai contohnya walaupun tak belajar tinggi tapi keinginan untuk mencari ilmu tu kuat. Salah satu caranya dengan membaca buku. Apa la sangat jika satu bulan kita belanjakan RM50 untuk dapatkan sebuah buku, bukan rugi apa pun malahan bertambah ada la.

Buku yang abg long kongsikan ini merupakan sebuah buku berbentuk motivasi islamik( harga pun baru RM19.90 sahaja ) yang ditulis oleh pakar motivasi iaitu tuan Dr. HM Tuan Iskandar. Apa yang terkandung dalam buku ini adalah himpunan soal jawap yang penulis kumpul berkenaan bermasalahan yang melanda dan dipersembahkan di dalam bentuk sebuah buku.

Disini abg long kongsikan ringkasan daripada buku tersebut :

Setiap kehidupan tidak lari daripada ditimpa masalah bagaikan diri dihadapi penyakit.Usah memandang dari sudut negatif kerana bimbang boleh mengakibatkan komplikasi jiwa. Kita perlu percaya bahawa masalah merupakan ujian ALLAH yang menjadi kayu ukur tahap keimanan para hamba-NYA.

Sebagai muslim, kita perlu menjaga jiwa sendiri agar sentiasa berada di landasan yang diredhai, bukan dimurkai. Masalah akan bertambah besar bagi jiwa yang kecil. Bongkarlah segala formula yang ada agar mudah menyelesaikan kemusykilan yang membelenggu diri. Ingatlah, betapa mahalnya harga kedamaian yang hakiki.

Bersandarkan motivasi islami, KOMPLIKASI JIWA MUSLIM merungkai pelbagai persoalan dalam kehidupan. Jawapan yang diberi turut diselitkan juga pengalaman insan lain sebagai pengajaran. Banyakkan mengingati ALLAH kerana hanya dengan cara itu, jiwa akan semakin tenang.


Buku ini anda boleh dapati di kedai-kedai buku dan yang paling menarik buku ini juga disertakan kata-kata mutiara daripada penulis. Anda juga boleh terus dapati secara online.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>