Thursday, March 13, 2014

Hanya Kerana MH370

Salam sejahtera,

Hari ini 13hb March telah masuk hari yang ke 6 kehilangan pesawat MH370 penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing, China. Dan hingga ke hari 6 ini berbagai-bagai cerita yang abg long baca dan tengok baik dari media cetak mahupun media eloktronik.


Apa yang abg long perhatikan daripada sumber-sumber cerita ini, abg long dapati ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu sumber yang sahih @ betul dan yang satu lagi sumber cerita yang sebaliknya malahan mengarut sama sekali. Jika sumber cerita itu betul boleh la abg long terima, tapi sumber cerita yang sebaliknya ini la yang membuatkan abg long sedih. Itu belum lagi gurauan, cercaan malahan ada juga hinaan tentang kejadian ini.

Abg long kekadang terfikir apa motif mereka yang mengadakan cerita yang mengarut ini. Apa sumber yang mereka rujuk untuk menulis cerita macam tu, adakah mereka ingin melariskan atau ingin mencari publisiti murahan. Tepuk dada tanya diri. Kekadang abg long naik meyampah kerana mereka ni lebih kuah dari sudu, di Facebook lagi la macam-macam cerita ada atau lain perkataan jadi wartawan tak berbayar.

Abg long pun bukannya apa cuma abg long berharap dan mohon kepada mereka ini cuba la memahami perasaan mereka yang menanti kepulangan insan-insan tersayang dalam peristiwa ini. Alangkah baik jika kita bersama-sama berdoa untuk keselamatan mereka semua dari menabur fitnah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>