Wednesday, March 26, 2014

Berakhirnya Kisah MH370

Salam sejahtera,

Terlehih dahulu takziah abg long nak ucapkan kepada seluruh ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH 370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Setelah 18 hari berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang berwajib bagi mengesan pesawat MH370 ini, pada pukul 10 malam 24hb Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah terhempas dan hilang di Selatan Lautan Hindi. Walaupun pahit untuk kita menerima tapi itu la kenyataan yang terpaksa di terima, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Di waktu ini pihat berwajib berusaha untuk mengesan kotak hitam bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian tersebut.


Walaupun boleh dikatakan kes kehilangan pesawat MH370 telah berakhir, abg long perhatikan masih terdapat berbagai-bagi teori ataupun pandangan yang ditulis baik dalam blog mahupun media sosial seperti facebook berkenaan kejadian ini. Kekadang apa yang ditulis tak logik dan tak dapat diterima akal langsung, abg long terfikir mana sumber yang mereka gunakan? adakah mereka copy dan paste je? atau mereka ni... Maklum la kat internet ni tekan je semua boleh tahu.

Cuma apa yang abg long harapkan anda semua tapis, kaji, nilai segala apa yang anda terima daripada internet ini. Tak sermestinya nampaknya buruk tu memang buruk tapi kita kena ingat tak semestinya yang cantik tu semuanya cantik. Ingatan untuk diri sendiri.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>