Wednesday, March 26, 2014

Iklan "BODOH"

Salam sejahtera,

Dah lama abg long nak tulis tajuk ni dalam blog abg long, cuma tiada keberanian untuk abg long taipkan. Bukan apa abg long terfikir dan renungkan diri abg long sendiri, boleh ke abg long menulis tajuk macam tu? Jika di ikutkan ini blog abg long so abg long punya pasal la apa yang nak abg long tulis kan. Tapi sebagai salah sorang yang bergelar usahawan ( amboi angkat bakul sendiri mamat ni ) yang tak sepenuh masa ni, abg long rasa elok jugak abg long tulis untuk ingat abg long sendiri.

Gambar Hiasan

IKLAN, abg long rasa semua orang tahukan perkataan tu kan? iye la kat mana-mana sahaja boleh kita lihat dan boleh kita dengar. Kita semua pun tahu tanpa iklan ni, para usahawan dan juga peniaga abg long rasa boleh bungkus awal ni. Memang betul rezeki tu ada kat mana-mana dan ALLAH SWT yang tentukan semua tu. Tapi kita jangan lupa jika takda usaha ALLAH SWT tak suka, nak semuanya datang bergolek kat depan mata. Jadi salah satu usaha untuk para peniaga atau usahawan ni adalah iklan. Sekarang para usahawan dan para peniaga boleh dikatakan menjalankan iklan tak kira di media cetak atau di media eloktronik.

Memang kuasa iklan ni hebat, dan juga diakui berkesan, Cuba kita tengok iklan makan segera yang ditayankan kat tv dan lihat apa perubahan yang berlaku pada kita sendiri, kawan, anak-anak dan sesiapa sahaja yang menotonnya. Pasti tergoda kan, mana taknya keenakkan makan segera ditambah pulak ditunjuk makan tu di makan yang kenyang jadi lapar pulak. Maka abg long rasa time tu juga anda akan pergi mencarinya :). Jika dah macam tu secara tak langsung para usahawan makanan segera ini akan mendapat untung bila makan segera mereka laku dan ada permintaan yang banyak. Itu sebahagian contoh yang dapat abg long berikan.


Cuma abg long lihat kekadang iklan yang ada ni baik media eloktronik atau media cetak melampau dan boleh dikatakan lucah. Walau pun nak melariskan sesuatu barang atau produk jangan la macam tu. Jika di katakan nak iklan kreatif kerana idea yang baru, abg long rasa tu dah terpesong dengan budaya kita. Abg long tak nak la tunjuk contoh iklan-iklan tu sebab abg long rasa anda pun dah tahu, cukup la abg long bercerita sahaja. Kekadang abg long tak boleh terima jika tokey mengatakan diorang tak perasaan atau tak sedar tentang iklan mereka. Rasa alasan yang mereka berikan tu seperti budah sekolah tadika. Entah la nak komen-komen lebih kan lain pulak jadinya.

Abg long tulis ini cuma abg long nak luahkan apa yang terpendam dalam hati abg long ni je. Jika yang terasa tu mohon maaf, abg long cuma tulis ni atas apa yang abg long lihat je.






Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>